February 16, 2015

Nivea, berkesankah?

Assalamualaikum.

Hye uols!

Wanita manalah yang tak menginginkan dan mengidamkan kulit yang cantik, putih, gebu yang paling penting bebas JERAWAT! haaa... kalau kulit putih tapi berjerawat, hmmmm memang sedih sangat! SANGAT!!! Automatik kulit jadi tak lawa. Kalau jerawat yang tumbuh tu seketul dua takpa lagi, tu memaniskan muka.. eh eh yeke memaniskan? 😂😂😂

Kulit aku ni bukanlah jenis licin dan bebas jerawat. Jerawat kat muka aku ni memang berterabur la. Dekat hidung? Pipi kiri? Pipi kanan? Dagu? Dahi? Mana je yang jerawat tak singgah? Semua tempat dia singgah... haaaaa bukan setakat singgah.. yang nak tinggal terus pun ada jugak.. STRESSS MAKKKK!!! 😧😧😧

Dah bermacam cara dah aku try. Daripada serbuk kulit kayu manis, madu, garam, ajinamoto... ehhh macam nak memasak pulak ye.. 😂😂😂 cara tradisional aku dah try. Aku try pulak cara moden.. pun tak berkesan jugak. Macam ni lah orang ada resdung macam aku ni.. untung sangatlah kalau yang ada resdung tapi bukan jenis jerawat keluar kat muka atau kat mana-mana anggota badan.. memang sangat beruntung. Sebab jerawat ni memang buat self-confidence kita turun.. zuuuuppppp.. memang tak naik-naik dah 😟😟😟  malu kot nak berdepan nak jumpa orang ramai. Orang yang mengalami benda sama macam aku ni haaaa akan faham sangat dengan apa yang aku rasa.. kan kan kan???

So sekarang ni aku nak try produk NIVEA EXTRA WHITENING REPAIR PORE MINIMISER 1 set. Dari dia punya mud foam, toner, day cream and night cream. Semua aku try kecuali foam dia. Sebab aku dah ada mud foam takkan nak pakai banyak-banyak foam. Pening kulit muka aku nanti kan... baru je pun aku try.. baru 2 3 hari. Tak nampak apa pun kesan lagi. So tak dapat nak bagi review lagi. Hope produk ni tak mengecewakan aku lah kan.. kita try sampai sebulan. Lepas tu nanti aku buat review okay?

Bye!

February 15, 2015

Hye, i'm back!

Assalamualaikum.. wahh, macam dah lama sangat saya tak menulis blog. Hampir 3 tahun juga saya menyepi. Saya hilang pun, tiada siapa pun nak cari kan ? 

Sekarang saya dah kembali dengan isi kandungan yang lebih matang. InsyaAllah bermanfaat kepada pembaca. Kalau dulu entry semua pasal diri sendiri, putus cinta nak letak dalam blog, frust sebab study pun nak letak jugak, nak makan nak tidur semua nak letak dalam blog. Konon ramai yang berminat nak tahu pasal life saya ni. Padahallll, sodihhhh.  Tiada siapa yang hairan pun lah -_-"

Sekarang ni senang lah. Zaman dah berubah, nak tulis blog pun tak payah nak buka laptop bagai. Ada smartphone pun boleh jalan. Tengah tengok wayang pun boleh update blog. Hambekk kau. Hahah

Lagipun, laptop dah hilang . Sedih.. banyak sangat kenangan masa study dalam tu. Tapi tak mengapalah. Sebab benda dah hilang tak usah dikenang lagi. Nanti makin menyakitkan hati. Diri sendiri yang merana. Ye dak?? Hehe.
Okaylah, ini dulu untuk entry yang pertama untuk februari 2015. Take care uols.. i love u!!! 


Disebabkan saya dah lama tak muncul, mesti rindu nak tengok wajah baru kan? ahhaha
taraaaaaa, hadiah untuk uols. tengok jangan tak tengok. hahaha. 


Bye!